Rabu, 24 Jun 2009

Abang Tan

Last time aku tulis tentang keberadaan Abang Tan dan macamana opah layan dia. Selalu opah manjakan dia dan macam-macam lagi lah.. Jadi, untuk mendapat perhatian opah, aku pun jadikan Abang Tan sebagai 'benchmark'... Abang Tan masuk sekolah berasrama penuh... Aku pun masuk sekolah berasrama penuh.. Abang Tan masuk universiti, aku pun masuk universiti... Tapi, Abang Tan hanya belajar setakat Diploma, aku pulak sekarang ni sampai Sarjana... Aku lebih di situ...

Abang Tan belajar di universiti di Malaysia, aku belajar di Amerika Syarikat... Sepanjang aku di sana, mak aku selalu cerita bertapa opah selalu bermegah-megah dengan orang kampung tentang aku... Bila aku balik dari Amerika pun dia ada tunggu kat lapangan terbang... masa aku pergi, dia tak hantar pun...

Apapun yang berlaku masa aku kecil, aku bersyukur kerana Allah wujudkan orang macam abang Tan, orang macam opah, orang macam Mak Yang, Mak Uda, Mak Tam... kerana dengan izin Allah, dengan contoh yang di hadapan aku menjadikan aku manusia yang sangat tabah dan sangat penyabar... Alhamdulillah... ;o)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan