Jumaat, 3 Julai 2009

Kentucky Fried Chicken...


Assalamualaikum...


Aku masih teringat masa aku kecil lagi, keluarga aku masih menumpang tinggal di rumah atuk dan opah di kampung. Setiap minggu, kadang-kadang setiap malam Wak dan Mak Yang datang rumah dengan anak-anak mereka, Abang Tan dan Ita. Mereka selalu bawa macam-macam untuk opah dan selalu bersembang sampai jauh malam... Aku kecil lagi, masih tak tau apa-apa dan tak faham sangat apa yang diaorang cakapkan... Aku baru 4 tahun masa tu. Abah masih kerja sebagai pemandu bas. Setiap pagi terpaksa bangun pagi-pagi untuk ke tempat kerja. Agaknya, waktu tidur abah terganggu tak semasa opah, Mak Yang dan Wak bersembang hingga jauh malam... Kesian abah... mesti tak cukup tidur...


Tak lama selepas tu, abah dapat kumpulkan sedikit duit dan abah buat rumah untuk kami sekeluarga di sebelah rumah opah dan atuk. Masih lagi menumpang tanah orang tua tu.. Masa tu aku dah 5 tahun... aku pun tak tahu kenapa abah tak nak buat rumah kat kampung abah. Bukannya jauh sangat dari kampung mak ni... Rupa-rupa, aku dah besar ni, mak cakap, tok marah opah sebab pernah biarkan abah bawa mak balik kampung abah masa aku baru lahir... dan sehingga akhir nyawa opah, tok dah tak tidur sekali dengan opah. Opah meninggal masa aku berumur 27 tahun... jadi selama 27 tahun atuk tinggalkan opah di tempat tidur!...


Satu malam, waktu pakcik dan Mak Tam balik kampung sempena cuti sekolah, pakcik beli KFC. Masa tu KFC adalah makanan untuk orang yang berkemampuan sahaja... Masa tu sekitar 1980. Mereka ada di rumah opah, macam biasa Mak Yang, Wak dan keluarganya ada datang berkumpul di rumah opah... Abang dan aku pun pergi sekali sebab jarang-jarang berkumpul dengan Mak Tam... Lagipun Mak Tam suka abang daripada aku.. aku temankan abang...


KFC tu nampak sedap, teringin sangat... abang tak bagi aku makan... pakcik pelawa juga, teringin sangat.. aku ambil seketul... Tapi, lepas makan, kami balik rumah, abang beritahu abah yang aku ambil ayam tu seketul. Abah marah sangat dengan aku malam tu, dia tampar tangan aku... aku tercengang-cengang, aku tak faham... kenapa abah nak marah.. bukannya curi pun... pakcik yang pelawa...


Bila aku dah besar sikit, abah cerita yang abah bukanlah menantu pilihan opah. Opah tak suka abah sebab abah kerja sebagai pemandu bas, pemandu lori, konduktor bas... Menantu opah yang lain gaji besar, pegawai kastam, kerja pejabat galian... banyak bagi duit belanja pada opah setiap bulan... abah tak dapat nak sumbangkan banyak... cuma kami tinggal dekat degan rumah opah, dapat tengok-tengokkan orang tua tu saja setiap hari... Mak adalah anak kesayangan atuk. Opah tak suka mak... Opah selalu buli mak masa mak kecil lagi.. aku pun tak faham... Mak berhenti sekolah semasa darjah tiga dan tolong atuk menoreh getah... Mak tolong atuk sara Mak Uda dan Mak Tam ke sekolah... Mak Yang anak manja opah, Pak We pun.. aku tak tau apa yang mereka buat sementara mak tungkus lumus tolong atuk menoreh...


Aku masih ingat peristiwa ni sampai sekarang... KFC adalah makanan yang menyebabkan abah aku sangat marah... Rupa-rupanya, banyak sangat sebab yang membuatkan abah begitu terganggu dengan perbuatan aku...

Khamis, 2 Julai 2009

Remaja... Aku ni dibuli ke??? Iye?


Semasa di sekolah asrama... aku masuk form one, duduk dalam dorm dengan budak-budak form five... x tau lah kenapa, tapi aku stay je kat situ, tak minta pindah bilik pun. Kat situ lah aku kenal kak G, kak Yang, kak Pah, kak Imah dan kakak-kakak matrik... Bilik A323... aku duduk katil atas... atas katil kak G...


Malam pertama, kami, budak-budak form one dipanggil ke bilik... kena tiup lampu bagi padam, tiup kipas bagi pusing, kami ikut je... walaupun semua permintaan tu bodoh-bodoh belaka, tapi kami tak kuasa nak membantah. Kami dah dimaklumkan oleh kakak-kakak pengawas yang kakak-kakak senior akan buat macam tu. Disebabkan minggu tu minggu orientasi...ikutkan sajalah... bukannya lama sangat pun.. alahai... he he he...


Kak Yang pernah suruh aku basuh kasut sukan dia... Kak G pernah suruh aku basuh kain dia... Aku memang nak basuh kain baju aku, apa salah aku sekalikan ye tak? Hinggakan selepas minggu orientasi pun aku tanya diaorang kalau nak aku basuhkan apa-apa... tapi diaorang yang berakal waras ni tak lah suruh apa-apa lagi... he he...


Kesimpulannya, hidup dengan orang lain ni memang nak kena tolak ansur banyak-banyak. Lebih-lebih lagi kalau nak pergi lebih jauh dan kalau nak hati tenang. aku merasakan yang diaorang tu macam kakak-kakak aku sendiri, walaupun tak berapa rapat sangat... maklumlah, pagi-pagi nampak muka diaoran, tengahari makan dengan diaorang, malam tidur satu dorm dengan diaorang... weekend duty bersih asrama dengan diaorang... Memang dah patut anggap macam famili ye tak...


Lima tahun aku belajar kat sekolah ni... di Taiping, banyak kenangan pahit dan manis... aku dulu adalah budak yang comot... he he he... Budak lelaki memang tak ada yang minat kat aku... kekadang aku cemburu juga dengan kawan-kawan aku yang cantik comel... senang dapat pakwe.. he he.. bukan "nerd" juga... bolah dikatakan aku ni dalam golongan sederhana, low profile... pemerhati... Nantilah aku cite lagi... wassalam... ;o)