Rabu, 24 Jun 2009

Abang Tan

Last time aku tulis tentang keberadaan Abang Tan dan macamana opah layan dia. Selalu opah manjakan dia dan macam-macam lagi lah.. Jadi, untuk mendapat perhatian opah, aku pun jadikan Abang Tan sebagai 'benchmark'... Abang Tan masuk sekolah berasrama penuh... Aku pun masuk sekolah berasrama penuh.. Abang Tan masuk universiti, aku pun masuk universiti... Tapi, Abang Tan hanya belajar setakat Diploma, aku pulak sekarang ni sampai Sarjana... Aku lebih di situ...

Abang Tan belajar di universiti di Malaysia, aku belajar di Amerika Syarikat... Sepanjang aku di sana, mak aku selalu cerita bertapa opah selalu bermegah-megah dengan orang kampung tentang aku... Bila aku balik dari Amerika pun dia ada tunggu kat lapangan terbang... masa aku pergi, dia tak hantar pun...

Apapun yang berlaku masa aku kecil, aku bersyukur kerana Allah wujudkan orang macam abang Tan, orang macam opah, orang macam Mak Yang, Mak Uda, Mak Tam... kerana dengan izin Allah, dengan contoh yang di hadapan aku menjadikan aku manusia yang sangat tabah dan sangat penyabar... Alhamdulillah... ;o)

Selasa, 16 Jun 2009

Kecil kah aku... kenapa jadi begini?

Kenapa opah marah sangat dengan aku ni? Aku buat benda ni macam yang Abang Tan buat. Tapi kenapa kau yang dimarahnya sedangkan Abang Tan dia tak kata apa pun?

Abang Tan anak Mak Yang, anak sulung Mak Yang. Cucu kesayangan opah. Aku pun cucu opah, tapi kenapa opah selalu marah-marah aku walaupun aku tak de buat salah pun? Aku tengok, abang Tan memang sangat manja dengan opah, abang Tan dah tingkatan satu. Aku baru lima tahun... Kerut di dahinya tak pernah hilang setiap kali memandang aku, suaranya tak pernah mesra tapi sering menengking seolah-olah aku pekak dan tak mendengar... Kenapa opah macam ni dengan aku?

Abang dan adik aku pun selalu opah marah-marah... Memanglah sekarang kami tinggal dengan mereka. Kami ada buat salah ke? Kami dilayan macam anak-anak pungut yang menyusahkan. Tapi kami adik-beradik terpaksa tahan je bila dipukul, diherdik, dimarah, ditengking atau dipiat telinga oleh opah.. sebab kami menumpang rumahnya... itulah zikirnya setiap hari.. waktu mak dan abah tak ada dirumah....

Aku ada atuk. Atuk selalu ambil dan hantar aku ke sekolah... balik dari sekolah atuk selalu ambik... Atuk selalu masukkan aku dalam bakul buluh yang diikat di tempat duduk belakang basikal tuanya... He he he... Rasa macam anak kambing pun ada. Bakul tu atuk letak susu getah dan getah sekerap lepas menoreh dikebunnya dengan mak aku.

Kadang-kadang aku jenguk juga dari dalam bakul itu keluar, melihat atuk mengayuh basikal dengan bersungguh-sungguh.. Rindu lah kat atuk... Atuk ambik abang sekali, kami pergi sekolah sama-sama. Abang aku enam tahun dan adik aku dua tahun. Kami selalu buli dia sampai dia menangis.. he he he... sengaja ;o) Kami memang nakal... Balik dari sekolah, kami main di rumah, bertiga beradik... polisantri, kejar-kejar, batu seremban, lompat-lompat, zero-point, layang-layang... tapi mak dan abah larang kami pergi mandi sungai.. Kami tak pergi... takut.. kat belakang benteng tinggi tu ada kubur tentera Jepun... hantu Jepun selalu keluar tangkap budak-budak nakal...

Jumaat, 5 Jun 2009

You Wouldn' believe

You wouldn't believe what happened to me all these years... I've been ridicule, I've been slandered, I got confused about my faith, I found myself, I love Allah so much now, I can't express it enough...

It all began when l have live away from my parents.. I have to shape my own life...
People say living in a boarding school is good for the child, but they neglected to realize, it sometimes break him/her, sometime shatter him/her into pieces... And I was half way shattered inside actually, but I manage to hide it and put a happy face on me...

Life is hard... School was hard... people can be rude and cruel, made me feel lonely and had nowhere to go...